Wednesday, January 20, 2010

Apa beza Bisnes Topup Prepaid & BulkSMS


Salam,

Ramai orang bertanya bolehkan kita menjual tambah-nilai (topup) prepaid mengguna SMS sahaja. Jawapannya = YA.

Jika dilihat trend masakini, kedai telefon juga menyediakan sistem topup mengguna SMS. Sudah jarang kita nampak orang membeli topup secara manual (guna kad topup) lagi. Ini sebenarnya revolusi dan inovasi terkini yang mudah dan 'mobile'. Boleh dibuat dimana sahaja dan cepat.

Penyedia khidmat topup tak perlu membawa kad topup banyak-banyak untuk dijual. Kebarangkalian untuk hilang atau dicuri adalah besar. Maka, ramai orang memilih untuk menjual topup secara SMS sahaja. Bukan itu saja, kita memerlukan modal yang agak besar juga untuk membeli kad topup tersebut.

Keuntungan ?? sama sahaja. Memang tidak dinafikan bahawa bisnes topup tidak membawa pulangan yang besar kecuali beliau ada rangkaian pelanggan yang besar.

Banyak syarikat telah ujud dalam menyediakan platform SMS topup untuk para pelanggan dan ejen. Walaupun margin keuntungan yang kecil, tetapi faktor kemudahan dan mobiliti telah menarik ramai orang menceburinya.

Oleh itu, rajin-rajin la buka forum yang berkaitan dan belajar dahulu.

Berkenaan perniagaan Bulk SMS, mungkin ramai yang belum benar-benar faham lagi. Ada 2 kategori bulk SMS.

1. Satu hala

SMS 1 hala bermaksud; seseorang menghantar SMS sekaligus untuk mempromosi perniagaan, ucap selamat dan sebagainya kepada sekumpulan orang/penerima.

Dengan cara ini, penerima SMS hanya boleh membaca tetapi tidak boleh membalasnya. Semua kos SMS tersebut akan ditanggung oleh penghantar.

2. Dua hala

Dalam kes ini, anda tentu biasa menerima SMS berbentuk samada undian, peraduan atau Call Me Tone (CMT) dari orang yang anda tidak kenali. Apabila anda membalas SMS tersebut, maka anda akan dikenakan bayaran dari 30sen hingga RM3 untuk servis yang dipilih.

Penghantar akan mendapat untung dari aktiviti ini selepas ditolak caj oleh syarikat telekomunikasi.

Kepada peniaga online yang baru berjinak-jinak atau mahu memperluaskan rangkaian anda, sistem SMS 1 hala amatlah digalakkan. Secara tidak langsung, pelanggan anda akan menjadi lebih setia dan mendapat informasi terkini terhadap apa yang anda jual.

Anda juga boleh mengucapkan ucapan selamat kepada pelanggan atau teman-teman sekaligus tanpa perlu menaip setiap satu untuk setiap orang. Anda jimat masa dan tenaga.

Kedua-dua sistem ini jika anda beli, akan diberi pakej aplikasi website untuk anda menaip, mengisi contact anda dan sebagainya.

p/s : berikan pendapat anda dan jika ada soalan sila emel ke : mailto:azmig@live.com

Sunday, April 5, 2009

Bagaimana Menaja Downline


Salam,

Ramai orang keliru dengan sistem perniagaan yang diperkenalkan oleh Sri Merang. Ada juga yang gagal menaja disebabkan kurangnya pencapaian terhadap sambungan internet. Ada juga yang masih tidak tahu bagaimana untuk membuat penajaan. Komunikasi secara SMS dah cukup bila anda dah mahir dengan sistem perniagaan ini.

Dek sebab ramai yang bertanya, saya terangkan sekali lagi bagaimana nak menaja downline secara mudah.

  1. Bila dah jadi ahli Sri Merang, anda perlu pastikan status keahlian. Samada ahli biasa, ejen jualan atau pemborong. Pastikan anda telah menaiktaraf keahlian menjadi sekurang-kurangnya ejen jualan untuk melayakkan anda untuk menaja.
  2. Arahan SMS perlu dibuat untuk memberitahu anda telah membayar yuran.
  3. Sri Merang akan membalas SMS anda. Jika tak terima balasan, sila telefon hotline 014-810 8000 dengan kadar segera.
  4. Pada permulaan, anda diberi pin standard iaitu 123456. Anda perlu tukar pin tersebut. Arahan SMS seperti berikut : PIN 12345 xxxxxx hantar ke 32123.
  5. Sri Merang akan balas samada berjaya atau tidak. Jika lambat, boleh call hotline.
  6. Setelah selesai, anda sudah boleh menaja. Ikuti semua arahan SMS dengan betul.

Semoga berjaya.

-

Thursday, March 5, 2009

Postpaid Vs Prepaid


Salam semua,

Ramai kenalan dan rakan-rakan blogger menghantar SMS bertanyakan mana yang lebih efektif, gunakan prepaid (pra bayar) atau postpaid (pasca bayar).

Wahh... sejak ekonomi kurang baik ni, agaknya ramai yang mengambil langkah berjimat-cermat. Bagus dan tahniah diucapkan jika arah itu yang menjadi objektif.

Saya cuba beri sedikit perbandingan antara keduanya.

PREPAID
  • Tiada kontrak
  • Tiada yuran bulanan
  • Tiada yuran pendahuluan/deposit
  • Tiada kos terselindung
  • Ada banyak diskaun dan promosi
  • Bagus untuk yang boleh mengawal perbelanjaan untuk telefon
  • Penggunaan bergantung kepada keperluan
  • Ada tarikh luput/expiry - kalau tak guna, duit lesap gitu je...
  • Tarif agak mahal sikit
  • Tiada penyata (susah nak semak)
  • Kena ada duit baru boleh guna

POSTPAID

  • Guna dulu baru bayar
  • Tarif murah sikit dari prepaid
  • Ada bil terperinci
  • Ada kos tersembunyi
  • Bayaran pendaftaran dikenakan
  • Ada yuran bulanan atau yuran komitmen
  • Ada cukai 5%

Syarikat telekomunikasi seboleh mungkin mahukan pelanggan mereka kekal dan pelbagai kaedah pengiklanan dibuat untuk menarik pelanggan.

Sebagai usahawan, kita juga boleh gunakan cara pengiklanan kreatif untuk menarik pelanggan. Dengan kadar pengguna telefon yang bertambah setiap saat, penggunaan SMS sangat meluas dan perbelanjaan rakyat Malaysia amat tinggi terhadap perkhidmatan ini.

Dengan peningkatan ini, tentu ramai dikalangan kita memerlukan kredit yang cukup pada setiap masa. Oleh itu, kita perlulah mengambil peluang ini untuk lebih banyak mengeksploitasi situasi ini. Perniagaan ini juga tidak akan mati begitu sahaja. Pekerja kilang, pelajar, buruh asing dan surirumah masng-masing menggunakan medium pra-bayar sebagai pilihan. Maka, golongan ini perlu kita cari dan beri mereka pendedahan perniagaan ini.

SELAMAT MENCUBA

-

Sunday, March 1, 2009

Format SMS Terbaru


Salam,

23/02/2009 : Pihak syarikat telah mempertingkatkan keupayaan sistem SMS dan para ahli boleh mendaftarkan 'downline' secara terus ke Server.


Daftar ahli baru melalui sms taip mesej : TM SMJ REG <pilih pakej> <USERNAME AHLI BARU> <NO.TEL AHLI BARU> <USERNAME PENAJA> HANTAR KE 32123


Monday, February 23, 2009

Mengapa Takut Melabur


Salam,

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak blog atau website yang mengiklankan pelbagai bentuk tawaran untuk mendapatkan sumber pendapatan melalui 'Internet Marketing'.

'Internet Business' yang dimaksudkan berupa penjualan samada 'ebook' atau 'evideo' tutorial tentang cara-cara mendapatkan wang lumayan melalui penjualan atau pengiklanan.

Harganya juga berbeza-beza bergantung kepada isi kandungan dan permintaan. Para "Internet Marketer" di Malaysia berlumba-lumba menulis artikel berkenaan jualan 'ebook' tulisan mereka samada alih-bahasa atau tulisan mereka sendiri melalui pengalaman.

Kepada mereka-mereka yang masih baru dalam dunia internet dan terpengaruh dengan cerita menarik dan ganjaran duit yang diceritakan semestinya pening kepala untuk memilih mana satu yang benar-benar boleh buat duit.

Berbeza pula dengan yang memang ada duit banyak. Mereka beli saja semua 'ebook' yang ada dipasaran. Cuba sebaik mungkin dengan impian boleh jadi jutawan satu hari nanti.

Bagi yang benar-benar mahukan setiap pelaburan mereka bermakna, satu atau dua 'ebook' sudah cukup untuk membantu untuk memulakan perniagaan secara maya.

Bercakap pasal Sri Merang, ramai yang menghantar emel kepada saya bertanyakan mengapa perlu melabur sejumlah wang untuk menjadi ahli dan baru boleh menjual/berniaga?

Jawapan saya : TIADA PERNIAGAAN YANG TIDAK MEMERLUKAN MODAL.

Kalau kita ingin menjual prepaid contohnya, kita perlukan juga modal untuk memulakan perniagaan ini termasuk sewa tapak, bil utiliti, pendaftaran perniagaan, lesen perniagaan, modal pusingan untuk pembelian kad top-up serta iklan. Jumlah kasar untuk 3 bulan pertama lebih kurang RM10,000 (kalau di shopping complex la..). Paling cikai pun mungkin RM3,000.

Untuk menjadi ejen Sri Merang, modal serendah RM50 sudah memadai untuk permulaan. Kos lain hanyalan bil streamyx atau broadband. Sememangnya dengan jualan top-up tidak boleh jadi kaya sebab ramai orang pun jual benda yang sama. Tapi, Sri Merang telah mewujudkan sistem dimana ejen boleh mencari seberapa banyak downline dan akhirnya, syarikat akan memberi komisen bagi setiap top-up yang dibuat oleh downline.

Perniagaan ini tidak akan ada penghujungnya selagi ada permintaan terhadap sistem prepaid terutama pelajar dan pekerja asing. Sri Merang juga telah berjaya mendapat kontrak penyedia telekomunikasi dari Indonesia seperti As, Mentari, Jempol, Bebas, Xtra dan lain-lain.

Oleh itu, kepada yang telah mendaftar menjadi ahli, bersegera 'upgade ke VIP' untuk mendapat segala kemudahan yang disediakan. Peluang ini masih terbuka dan masih baru. Lebih lama anda menunggu, mungkin anda tiada peluang lagi dimasa akan datang. Jangan menyesal kemudian.

-

Wednesday, February 18, 2009

Pakej Terbaru Dari Sri Merang


Ada perkhabaran gembira kepada semua ahli Sri Merang sekalian. Pihak syarikat telah mencipta satu lagi peluang sumber pendapatan baru untuk ahlinya. Terima kasih diucapkan kepada en. Baha. Saya baru sahaja berbincang dengan beliau berkenaan projek ini dan dari apa yang beliau terangkan sedikit sebanyak menyuntik semangat baru untuk lebih berjaya.

Melihat iklannya saja dah teruja... apatah lagi bila dah menyertainya. Keterangan lanjut boleh lihat di link ini : http://www.srimerang.net/index.php?ac=165

Pengiklanan mobile-wallet
Satu platform bagi mewujudkan
Usahawan Bisnes SMS- Pengiklanan Mobile-Wallet

Dengan Srimerang.net,
kami memudahkan bisnes SMS, anda boleh
memulakan bisnes SMS dengan mudah, murah
dan cepat pada bila-bila masa dan dimana sahaja


UNTUK BAKAL USAHAWAN SMS
Kami menyediakan sistem aplikasi dan akan membimbing anda untuk menjadi usahawan bisnes SMS dan internet yang berjaya

UNTUK YANG TELAH MEMBUAT BISNES
Kami ada sistem yang dapat membantu mengembangkan bisnes anda dengan mengiklankan, mempromosi dan membuat hebahan melalui SMS yang mudah, pantas dan kos efektif


UNTUK YANG MENCARI-CARI PENDAPATAN TAMBAHAN
Dengan srimerang.net anda berpotensi memperolehi pendapatan tambahan sehingga ribuan Ringgit

-

Sunday, February 8, 2009

Downline oh Downline


Salam,

Sebelum saya mulakan, belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan TAHNIAH kepada kawan-kawan semua kerana berani menyertai ejen prepaid melalui SMS dengan Sri Merang.

Saya banyak menerima email dari downline atau ahli baru Sri Merang bertanyakan macamana nak daftarkan "DOWNLINE".... Saya cuma jawab, dulu awak daftar macamana? Sama saja caranya.

Perlu diingat, seperti entri saya sebelumnya, ahli baru hendaklah menaiktaraf dirinya menjadi VIP sebelum menaja orang lain. Kalau ahli biasa, dia cuma boleh guna untuk diri sendiri sahaja.

Untuk penjelasan lanjut, saya perturunkan beberapa langkah mudah untuk panduan bersama.

Syarat pertama :
ANDA MESTILAH TELAH 'UPGRADE MENJADI AHLI VIP DAHULU. Bayaran RM50 untuk jadi "WAKIL JUALAN" atau RM300 untuk jadi "PEMBORONG". Setelah mendapat pengesahan dari Server Sri Merang, anda sudah boleh menaja DONLINE. Mudah kan.

Cara 1 :- klik di bahagian 'Daftar Ahli Baru'. Masukkan semua data yang diperlukan. Kemudian follow-up untuk pastikan DOWNLINE membayar keahlian VIP.



Cara 2 :- SMS ke Server Sri Merang.

Taip ; username downline baru no. telefon downline username anda dan hantar ke Server 013-900 1080

Contoh : downline 0191234567 pakuteh ke 013-900 1080

*** Anda akan diberitahu melalui emel jika ada ahli baru mendaftar menjadi downline anda. Oleh itu penting juga jika anda rajin mengiklankan di internet dan mendapat downline dengan cara online.

Klik 'ArahanSMS' jika nak tahu bagaimana menaip arahan yang betul. Setiap transaksi hendaklah dikemaskini melalui SMS kepada Server. Ini untuk mengelakkan sistem dapat mengemaskini komisen, top-up, baki dan berita semasa.

Anda juga boleh menghubungi hotline : 014-810 8000 untuk bantuan operator. Oleh kerana syarikat ini berpengkalan di Terengganu, mungkin dialek dioaran lain sikit. Tapi semua operator tu mesra pelanggan dan sedia membantu. Perlu diingat juga, orang Terengganu bercuti pada hari Jumaat tau. Apa-apa hal boleh berhubung pada hari-hari selain hari Jumaat ya.

Ingatan saya pada semua, bila dah mendapat sedikit keuntungan jangan pula kita lupa untuk bersedekah. Semoga rezeki yang kita terima diberkati dan melimpah ruah nanti.

-

Followers