Showing posts with label VPN. Show all posts
Showing posts with label VPN. Show all posts

Monday, February 23, 2009

Mengapa Takut Melabur


Salam,

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak blog atau website yang mengiklankan pelbagai bentuk tawaran untuk mendapatkan sumber pendapatan melalui 'Internet Marketing'.

'Internet Business' yang dimaksudkan berupa penjualan samada 'ebook' atau 'evideo' tutorial tentang cara-cara mendapatkan wang lumayan melalui penjualan atau pengiklanan.

Harganya juga berbeza-beza bergantung kepada isi kandungan dan permintaan. Para "Internet Marketer" di Malaysia berlumba-lumba menulis artikel berkenaan jualan 'ebook' tulisan mereka samada alih-bahasa atau tulisan mereka sendiri melalui pengalaman.

Kepada mereka-mereka yang masih baru dalam dunia internet dan terpengaruh dengan cerita menarik dan ganjaran duit yang diceritakan semestinya pening kepala untuk memilih mana satu yang benar-benar boleh buat duit.

Berbeza pula dengan yang memang ada duit banyak. Mereka beli saja semua 'ebook' yang ada dipasaran. Cuba sebaik mungkin dengan impian boleh jadi jutawan satu hari nanti.

Bagi yang benar-benar mahukan setiap pelaburan mereka bermakna, satu atau dua 'ebook' sudah cukup untuk membantu untuk memulakan perniagaan secara maya.

Bercakap pasal Sri Merang, ramai yang menghantar emel kepada saya bertanyakan mengapa perlu melabur sejumlah wang untuk menjadi ahli dan baru boleh menjual/berniaga?

Jawapan saya : TIADA PERNIAGAAN YANG TIDAK MEMERLUKAN MODAL.

Kalau kita ingin menjual prepaid contohnya, kita perlukan juga modal untuk memulakan perniagaan ini termasuk sewa tapak, bil utiliti, pendaftaran perniagaan, lesen perniagaan, modal pusingan untuk pembelian kad top-up serta iklan. Jumlah kasar untuk 3 bulan pertama lebih kurang RM10,000 (kalau di shopping complex la..). Paling cikai pun mungkin RM3,000.

Untuk menjadi ejen Sri Merang, modal serendah RM50 sudah memadai untuk permulaan. Kos lain hanyalan bil streamyx atau broadband. Sememangnya dengan jualan top-up tidak boleh jadi kaya sebab ramai orang pun jual benda yang sama. Tapi, Sri Merang telah mewujudkan sistem dimana ejen boleh mencari seberapa banyak downline dan akhirnya, syarikat akan memberi komisen bagi setiap top-up yang dibuat oleh downline.

Perniagaan ini tidak akan ada penghujungnya selagi ada permintaan terhadap sistem prepaid terutama pelajar dan pekerja asing. Sri Merang juga telah berjaya mendapat kontrak penyedia telekomunikasi dari Indonesia seperti As, Mentari, Jempol, Bebas, Xtra dan lain-lain.

Oleh itu, kepada yang telah mendaftar menjadi ahli, bersegera 'upgade ke VIP' untuk mendapat segala kemudahan yang disediakan. Peluang ini masih terbuka dan masih baru. Lebih lama anda menunggu, mungkin anda tiada peluang lagi dimasa akan datang. Jangan menyesal kemudian.

-

Sunday, December 21, 2008

Apabila Talian Dasar Laut Eropah Rosak


KUALA LUMPUR 21 Dis. Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) kini terganggu akibat kerosakan litar (circuit) sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah.

TM berkata, kerja-kerja membaik pulih kerosakan litar Southeast Asia Middle Eastern dan Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka beroperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.

Berikutan dengan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan internet TM akan alami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Eropah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa laluan internet telah dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, katanya.

TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara dijangka akan mengalami gangguan, sementara trafik ke negara lain adalah seperti sediakala.

Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilihperkhidmatan internet atau di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai masalah perkhidmatan internet mereka, katanya. - Bernama

Berita TV3 :
Video sejarah kabel dasar laut :

Followers