Showing posts with label prabayar. Show all posts
Showing posts with label prabayar. Show all posts

Sunday, March 1, 2009

Format SMS Terbaru


Salam,

23/02/2009 : Pihak syarikat telah mempertingkatkan keupayaan sistem SMS dan para ahli boleh mendaftarkan 'downline' secara terus ke Server.


Daftar ahli baru melalui sms taip mesej : TM SMJ REG <pilih pakej> <USERNAME AHLI BARU> <NO.TEL AHLI BARU> <USERNAME PENAJA> HANTAR KE 32123


Monday, February 23, 2009

Mengapa Takut Melabur


Salam,

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak blog atau website yang mengiklankan pelbagai bentuk tawaran untuk mendapatkan sumber pendapatan melalui 'Internet Marketing'.

'Internet Business' yang dimaksudkan berupa penjualan samada 'ebook' atau 'evideo' tutorial tentang cara-cara mendapatkan wang lumayan melalui penjualan atau pengiklanan.

Harganya juga berbeza-beza bergantung kepada isi kandungan dan permintaan. Para "Internet Marketer" di Malaysia berlumba-lumba menulis artikel berkenaan jualan 'ebook' tulisan mereka samada alih-bahasa atau tulisan mereka sendiri melalui pengalaman.

Kepada mereka-mereka yang masih baru dalam dunia internet dan terpengaruh dengan cerita menarik dan ganjaran duit yang diceritakan semestinya pening kepala untuk memilih mana satu yang benar-benar boleh buat duit.

Berbeza pula dengan yang memang ada duit banyak. Mereka beli saja semua 'ebook' yang ada dipasaran. Cuba sebaik mungkin dengan impian boleh jadi jutawan satu hari nanti.

Bagi yang benar-benar mahukan setiap pelaburan mereka bermakna, satu atau dua 'ebook' sudah cukup untuk membantu untuk memulakan perniagaan secara maya.

Bercakap pasal Sri Merang, ramai yang menghantar emel kepada saya bertanyakan mengapa perlu melabur sejumlah wang untuk menjadi ahli dan baru boleh menjual/berniaga?

Jawapan saya : TIADA PERNIAGAAN YANG TIDAK MEMERLUKAN MODAL.

Kalau kita ingin menjual prepaid contohnya, kita perlukan juga modal untuk memulakan perniagaan ini termasuk sewa tapak, bil utiliti, pendaftaran perniagaan, lesen perniagaan, modal pusingan untuk pembelian kad top-up serta iklan. Jumlah kasar untuk 3 bulan pertama lebih kurang RM10,000 (kalau di shopping complex la..). Paling cikai pun mungkin RM3,000.

Untuk menjadi ejen Sri Merang, modal serendah RM50 sudah memadai untuk permulaan. Kos lain hanyalan bil streamyx atau broadband. Sememangnya dengan jualan top-up tidak boleh jadi kaya sebab ramai orang pun jual benda yang sama. Tapi, Sri Merang telah mewujudkan sistem dimana ejen boleh mencari seberapa banyak downline dan akhirnya, syarikat akan memberi komisen bagi setiap top-up yang dibuat oleh downline.

Perniagaan ini tidak akan ada penghujungnya selagi ada permintaan terhadap sistem prepaid terutama pelajar dan pekerja asing. Sri Merang juga telah berjaya mendapat kontrak penyedia telekomunikasi dari Indonesia seperti As, Mentari, Jempol, Bebas, Xtra dan lain-lain.

Oleh itu, kepada yang telah mendaftar menjadi ahli, bersegera 'upgade ke VIP' untuk mendapat segala kemudahan yang disediakan. Peluang ini masih terbuka dan masih baru. Lebih lama anda menunggu, mungkin anda tiada peluang lagi dimasa akan datang. Jangan menyesal kemudian.

-

Wednesday, February 18, 2009

Pakej Terbaru Dari Sri Merang


Ada perkhabaran gembira kepada semua ahli Sri Merang sekalian. Pihak syarikat telah mencipta satu lagi peluang sumber pendapatan baru untuk ahlinya. Terima kasih diucapkan kepada en. Baha. Saya baru sahaja berbincang dengan beliau berkenaan projek ini dan dari apa yang beliau terangkan sedikit sebanyak menyuntik semangat baru untuk lebih berjaya.

Melihat iklannya saja dah teruja... apatah lagi bila dah menyertainya. Keterangan lanjut boleh lihat di link ini : http://www.srimerang.net/index.php?ac=165

Pengiklanan mobile-wallet
Satu platform bagi mewujudkan
Usahawan Bisnes SMS- Pengiklanan Mobile-Wallet

Dengan Srimerang.net,
kami memudahkan bisnes SMS, anda boleh
memulakan bisnes SMS dengan mudah, murah
dan cepat pada bila-bila masa dan dimana sahaja


UNTUK BAKAL USAHAWAN SMS
Kami menyediakan sistem aplikasi dan akan membimbing anda untuk menjadi usahawan bisnes SMS dan internet yang berjaya

UNTUK YANG TELAH MEMBUAT BISNES
Kami ada sistem yang dapat membantu mengembangkan bisnes anda dengan mengiklankan, mempromosi dan membuat hebahan melalui SMS yang mudah, pantas dan kos efektif


UNTUK YANG MENCARI-CARI PENDAPATAN TAMBAHAN
Dengan srimerang.net anda berpotensi memperolehi pendapatan tambahan sehingga ribuan Ringgit

-

Sunday, February 8, 2009

Downline oh Downline


Salam,

Sebelum saya mulakan, belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan TAHNIAH kepada kawan-kawan semua kerana berani menyertai ejen prepaid melalui SMS dengan Sri Merang.

Saya banyak menerima email dari downline atau ahli baru Sri Merang bertanyakan macamana nak daftarkan "DOWNLINE".... Saya cuma jawab, dulu awak daftar macamana? Sama saja caranya.

Perlu diingat, seperti entri saya sebelumnya, ahli baru hendaklah menaiktaraf dirinya menjadi VIP sebelum menaja orang lain. Kalau ahli biasa, dia cuma boleh guna untuk diri sendiri sahaja.

Untuk penjelasan lanjut, saya perturunkan beberapa langkah mudah untuk panduan bersama.

Syarat pertama :
ANDA MESTILAH TELAH 'UPGRADE MENJADI AHLI VIP DAHULU. Bayaran RM50 untuk jadi "WAKIL JUALAN" atau RM300 untuk jadi "PEMBORONG". Setelah mendapat pengesahan dari Server Sri Merang, anda sudah boleh menaja DONLINE. Mudah kan.

Cara 1 :- klik di bahagian 'Daftar Ahli Baru'. Masukkan semua data yang diperlukan. Kemudian follow-up untuk pastikan DOWNLINE membayar keahlian VIP.



Cara 2 :- SMS ke Server Sri Merang.

Taip ; username downline baru no. telefon downline username anda dan hantar ke Server 013-900 1080

Contoh : downline 0191234567 pakuteh ke 013-900 1080

*** Anda akan diberitahu melalui emel jika ada ahli baru mendaftar menjadi downline anda. Oleh itu penting juga jika anda rajin mengiklankan di internet dan mendapat downline dengan cara online.

Klik 'ArahanSMS' jika nak tahu bagaimana menaip arahan yang betul. Setiap transaksi hendaklah dikemaskini melalui SMS kepada Server. Ini untuk mengelakkan sistem dapat mengemaskini komisen, top-up, baki dan berita semasa.

Anda juga boleh menghubungi hotline : 014-810 8000 untuk bantuan operator. Oleh kerana syarikat ini berpengkalan di Terengganu, mungkin dialek dioaran lain sikit. Tapi semua operator tu mesra pelanggan dan sedia membantu. Perlu diingat juga, orang Terengganu bercuti pada hari Jumaat tau. Apa-apa hal boleh berhubung pada hari-hari selain hari Jumaat ya.

Ingatan saya pada semua, bila dah mendapat sedikit keuntungan jangan pula kita lupa untuk bersedekah. Semoga rezeki yang kita terima diberkati dan melimpah ruah nanti.

-

Wednesday, February 4, 2009

Malaysia Catat Aliran SMS Ketiga Tertinggi di Asia Pasifik


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Malaysia berada di tempat ketiga di Asia Pasifik dari segi aliran khidmat pesanan ringkas (SMS) semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru, dengan lebih satu bilion pesanan.

Acision, syarikat pemesejan terkemuka dunia, berkata, Malaysia di tempat ketiga, di belakang Filipina, dengan 2.36 bilion dan Indonesia yang mencatatkan sehingga 1.193 bilion pesanan.

Malaysia mencatatkan 1.075 bilion pesanan, kata Acision dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syarikat itu berkata, dengan 93 peratus kadar penembusan mudah alih, pasaran mudah alih Malaysia dengan begitu cepat sampai ke paras penepuan dan untuk pertama kalinya, memecah paras satu bilion aliran pesanan dalam tempoh dua hari.

"Ini merupakan peningkatan 13 peratus dalam pertumbuhan penghantaran pesanan berbanding tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Acision melaporkan terdapatnya pertambahan 40 peratus dalam aliran penghantaran pesanan semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru di seluruh Asia Pasifik dengan sejumlah 6.37 bilion pesanan.

SMS membentuk sebahagian besar aliran trafik dengan 6.36 bilion sementara 9.54 juta perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) dicatatkan.

"Musim perayaan masih kekal menjadi tumpuan bagi trafik yang tinggi untuk kedua-dua pengendali dan pengguna. Selain daripada itu, kita menyaksikan trafik MMS turut meningkat di seluruh rantau ini," kata syarikat itu.

Ia berkata, trafik MMS dijangka meningkat memandangkan para pengguna kini kian tertarik untuk berinteraksi dengan laman blog dan aplikasi peribadi masing-masing seperti Facebook.

Syarikat juga berkata, permintaan berterusan untuk infrastruktur SMS yang boleh dipercayai dan rumusan SMS berkualiti tinggi dijangka dalam tempoh terdekat. - Bernama

Wednesday, January 21, 2009

Server Sri Merang Terganggu

Malam tadi saya terima banyak komplen dari pelanggan sebab tak boleh nak top-up. Cuba beberapa kali namun gagal juga.

Baru saja call hotline Sri Merang. Alhamdulillah, akhirnya jawapan diterima. Operator beritahu memang server di Sri Merang mengalami gangguan teknikal sejak semalam.

Buat masa ni cuma server Celcom yang berfungsi. Sistem SMS hanya boleh dibuat melalui server tersebut sahaja.

Sebarang urusan termasuk nak top-up, hantar ke 013-9001080 sahaja.

BERITA TERKINI
Tuesday 20 January 2009
BONUS REBET PEMBORONG 0.5% SEMASA BANK IN OLEH SEMUA PEMBORONG DAN KEATAS LAYAK MULAI 20/1/2009 SEHINGGA 31/1/2009. DIBAYAR SEMASA TAMBAH NILAI ATAU BANK IN. HARAP MAKLUM. PERTANYAAN HUBUNGI: 014-810 8000

Sunday, December 14, 2008

Panduan Asas Ejen SMS Prepaid

Tentu anda tertanya-tanya atau hilang arah panduan bila memasuki laman web Sri Merang Jaya.

Bagi yang memang faham tentunya lebih senang. Namun, suka saya nak beri tips-tips mudah untuk membolehkan anda senang berurusan dengan web tersebut.
  • Anda kemudiannya akan diberitahu bahawa pendaftaran telah berjaya.
  • Dengan ini anda adalah seorang ahli percuma Sri Merang.
  • Untuk dapatkan diskaun setiap kali anda tambah-nilai (top-up) kredit, anda perlukan duit simpanan di dalam akaun Sri Merang. Sebagai contoh, jika mahu ada RM100.00 didalam akaun, pindahkan duit sebanyak RM100.00 kedalam akaun Sri Merang. Kemudian SMS ke server syarikat.

SMS format : <username> <nama bank> <jumlah> <tarikh> <masa>

Contoh : bahar maybank RM350 12.07.07 14:23:50 kemudian hantar ke 019-900 20 50

  • Setiap kali anda mahu top-up, cuma SMS kepada Server.

SMS Format : <no telefon> <kod produk> <password> hantar ke Server

Contoh : 017XXXXXX MX5 123456 hantar ke server

p/s: Sistem akan memberi password 123456 sebagai permulaan. Anda perlu tukar kemudian. Boleh rujuk sini

Anda juga boleh hubungi customer service 014-810 8000 untuk bantuan.

Tunggu sambungan........

.

Tuesday, December 9, 2008

Jika Anda Mahu Berniaga Prepaid - Ini Jawapannya

Salam,

Tulisan kali ini ditujukan khas kepada bakal usahawan online.

Khas untuk pengguna 'prepaid' tak kira dari syarikat mana pun.
Jika anda berminat untuk guna sendiri pun, daftar secara percuma di http://www.srimerang.net/pakuteh



Pakej 1
Pendaftaran percuma RM0.00 seumur hidup.
1. Diskaun dari Celcom 4%, Maxis 2% Digi 1%
2.Tidak boleh menaja ahli baru, sila upgrape ke wakil jualan untuk menerima berbagai komisen.

Pakej 2
Bayaran RM50 - Wakil Jualan
Selepas anda membuat pra-pendaftaran, anda diberi link website untuk membuat promosi secara online. Contoh link website anda adalah seperti berikut:- http://www.srimerang.net/pakuteh
1. Wakil jualan bayaran REG RM20.00 sekali seumur hidup.(CAJ pengunaan SERVER RM20)SEUMUR HIDUP.
2. Bayaran kepada pengenal RM20.00 hanya sekali sahaja. Dimasukan ke dalam akaun ereload pengenal.
3. Dapat Top up ereload sebanyak RM10.00 untuk dijual
4. Celcom 4%,maxis 2%,digi 1%
5. Jika anda kenalkan kepada orang lain pakej ini anda dapat RM20.00 Dimasukan ke dalam akaun ereload anda.
.
Pakej 3
Bayaran RM300 - Pemborong
1. Pemborong bayaran REG RM20.00 .(CAJ pengunaan SERVER RM20) sekali seumur hidup.
2. Bayaran kepada Pengenal RM20.00 sekali sahaja. Dimasukan ke dalam akaun ereload pengenal.
3. Bayaran akaun master PEMBORONG RM200.00
4. Dapat rebet master 1% HINGGA 2% semasa tambah nilai dan boleh di Transfer ke wakil jualan dibawah anda.
5. Dapat top up untuk ereload sebanyak RM50.00 untuk dijual.
6. contoh: celcom 4% + rebet 1%= 5% ,Maxis 2% + rebet 1% =3%
7. Jika anda kenalkan kepada orang lain pakej wakil jualan anda dapat RM20.00, Dimasukan ke dalam akaun ereload anda.
8. Jika anda kenalkan kepada orang lain pakej pemborong anda dapat RM50.00, akan dimasukan ke akaun ereload anda.
9. Mendapat KOMISEN 1% sehingga 2% SEMASA TAMBAH NILAI WAKIL JUALAN DIBAWAH ANDA.
10. Layak mendapat extra rebet 1% semasa ada promosi
.
.
Daftar percuma sekarang http://www.srimerang.net/pakuteh
.
Banyak lagi pakej menarik bila anda sertai kami....


Monday, December 8, 2008

Sejarah Lagi ....

Salam semua,

Saya ambil dari webpage penaja.
Jika berminat daftar percuma di sini.

Jika mahu jadi wakil jualan/pemborong, klik sini.


Salah satu cara berjimat guna sms top-up dimana sahaja dan 24jam.


Thursday, December 4, 2008

Sejarah


Lebih Jimat Dengan SMS Top-Up. DAFTAR PERCUMA SEKARANG.

Memperkenalkan - Sri Merang Bisnes Model

Program Affiliate Srimerang.net (Jana Wang Sampingan) Dilancarkan pada 25/09/2008









Syarikat Sri Merang Jaya Communication (TR-0060248-D) adalah sebuah syarikat bumiputera yang menawarkan perkhidmatan Pusat Komunikasi Global bagi SMS, Informasi, Komunikasi dan Teknologi ICT bagi abad ke 21.

Kami menekankan kepentingan peranan globalisasi di dalam perniagaan internet mudah alih (Internet Mobile Business). Perkhidmatan kami adalah khusus kepada individu dan juga pihak organisasi yang mementingkan komunikasi yang efektif dari segi penyampaian, kos dan penggunaannya yang boleh diakses pada bila-bila masa dan ke mana sahaja dengan menggunakan teknologi ICT terkini

Daftar secara percuma di www.srimerang.net/pakuteh sekarang.

Bisnes Prepaid Menguntungkan

Betul ke Boleh Untung ????

Itu yang ramai orang dok bercakap... tetapi siapa yang dah guna baru tahu.
Memang tak dinafikan bahawa majoriti rakyat Malaysia dan keseluruhan pekerja asing gunakan servis pra-bayar. Yang paling popular setakat ini ialah antaranya DiGi dan Celcom.

Kini, ada pakej terbaru yang ditawarkan dipasaran.
Cuma daftar secara percuma dan anda boleh jadi ahli dan mendapat rebet 1% - 4% bagi setiap tambah-nilai (top-up). Mudah sungguh.

Ada banyak pakej yang ditawarkan oleh syarikat Sri Merang Jaya Communication.
Anda cuma perlu masuk ke laman web diaorang : http://www.srimerang.net/pakuteh dan terus daftar. Lepas tu transfer duit ke dalam akaun yang disediakan. Atau hubungi Upline anda untuk bantuan terus.

Program terkini yang membolehkan anda menjimatkan kos telefon dan boleh juga dapat duit sampingan.

Kalau berani cuba la....

Followers