Monday, February 23, 2009

Mengapa Takut Melabur


Salam,

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak blog atau website yang mengiklankan pelbagai bentuk tawaran untuk mendapatkan sumber pendapatan melalui 'Internet Marketing'.

'Internet Business' yang dimaksudkan berupa penjualan samada 'ebook' atau 'evideo' tutorial tentang cara-cara mendapatkan wang lumayan melalui penjualan atau pengiklanan.

Harganya juga berbeza-beza bergantung kepada isi kandungan dan permintaan. Para "Internet Marketer" di Malaysia berlumba-lumba menulis artikel berkenaan jualan 'ebook' tulisan mereka samada alih-bahasa atau tulisan mereka sendiri melalui pengalaman.

Kepada mereka-mereka yang masih baru dalam dunia internet dan terpengaruh dengan cerita menarik dan ganjaran duit yang diceritakan semestinya pening kepala untuk memilih mana satu yang benar-benar boleh buat duit.

Berbeza pula dengan yang memang ada duit banyak. Mereka beli saja semua 'ebook' yang ada dipasaran. Cuba sebaik mungkin dengan impian boleh jadi jutawan satu hari nanti.

Bagi yang benar-benar mahukan setiap pelaburan mereka bermakna, satu atau dua 'ebook' sudah cukup untuk membantu untuk memulakan perniagaan secara maya.

Bercakap pasal Sri Merang, ramai yang menghantar emel kepada saya bertanyakan mengapa perlu melabur sejumlah wang untuk menjadi ahli dan baru boleh menjual/berniaga?

Jawapan saya : TIADA PERNIAGAAN YANG TIDAK MEMERLUKAN MODAL.

Kalau kita ingin menjual prepaid contohnya, kita perlukan juga modal untuk memulakan perniagaan ini termasuk sewa tapak, bil utiliti, pendaftaran perniagaan, lesen perniagaan, modal pusingan untuk pembelian kad top-up serta iklan. Jumlah kasar untuk 3 bulan pertama lebih kurang RM10,000 (kalau di shopping complex la..). Paling cikai pun mungkin RM3,000.

Untuk menjadi ejen Sri Merang, modal serendah RM50 sudah memadai untuk permulaan. Kos lain hanyalan bil streamyx atau broadband. Sememangnya dengan jualan top-up tidak boleh jadi kaya sebab ramai orang pun jual benda yang sama. Tapi, Sri Merang telah mewujudkan sistem dimana ejen boleh mencari seberapa banyak downline dan akhirnya, syarikat akan memberi komisen bagi setiap top-up yang dibuat oleh downline.

Perniagaan ini tidak akan ada penghujungnya selagi ada permintaan terhadap sistem prepaid terutama pelajar dan pekerja asing. Sri Merang juga telah berjaya mendapat kontrak penyedia telekomunikasi dari Indonesia seperti As, Mentari, Jempol, Bebas, Xtra dan lain-lain.

Oleh itu, kepada yang telah mendaftar menjadi ahli, bersegera 'upgade ke VIP' untuk mendapat segala kemudahan yang disediakan. Peluang ini masih terbuka dan masih baru. Lebih lama anda menunggu, mungkin anda tiada peluang lagi dimasa akan datang. Jangan menyesal kemudian.

-

Wednesday, February 18, 2009

Pakej Terbaru Dari Sri Merang


Ada perkhabaran gembira kepada semua ahli Sri Merang sekalian. Pihak syarikat telah mencipta satu lagi peluang sumber pendapatan baru untuk ahlinya. Terima kasih diucapkan kepada en. Baha. Saya baru sahaja berbincang dengan beliau berkenaan projek ini dan dari apa yang beliau terangkan sedikit sebanyak menyuntik semangat baru untuk lebih berjaya.

Melihat iklannya saja dah teruja... apatah lagi bila dah menyertainya. Keterangan lanjut boleh lihat di link ini : http://www.srimerang.net/index.php?ac=165

Pengiklanan mobile-wallet
Satu platform bagi mewujudkan
Usahawan Bisnes SMS- Pengiklanan Mobile-Wallet

Dengan Srimerang.net,
kami memudahkan bisnes SMS, anda boleh
memulakan bisnes SMS dengan mudah, murah
dan cepat pada bila-bila masa dan dimana sahaja


UNTUK BAKAL USAHAWAN SMS
Kami menyediakan sistem aplikasi dan akan membimbing anda untuk menjadi usahawan bisnes SMS dan internet yang berjaya

UNTUK YANG TELAH MEMBUAT BISNES
Kami ada sistem yang dapat membantu mengembangkan bisnes anda dengan mengiklankan, mempromosi dan membuat hebahan melalui SMS yang mudah, pantas dan kos efektif


UNTUK YANG MENCARI-CARI PENDAPATAN TAMBAHAN
Dengan srimerang.net anda berpotensi memperolehi pendapatan tambahan sehingga ribuan Ringgit

-

Sunday, February 8, 2009

Downline oh Downline


Salam,

Sebelum saya mulakan, belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan TAHNIAH kepada kawan-kawan semua kerana berani menyertai ejen prepaid melalui SMS dengan Sri Merang.

Saya banyak menerima email dari downline atau ahli baru Sri Merang bertanyakan macamana nak daftarkan "DOWNLINE".... Saya cuma jawab, dulu awak daftar macamana? Sama saja caranya.

Perlu diingat, seperti entri saya sebelumnya, ahli baru hendaklah menaiktaraf dirinya menjadi VIP sebelum menaja orang lain. Kalau ahli biasa, dia cuma boleh guna untuk diri sendiri sahaja.

Untuk penjelasan lanjut, saya perturunkan beberapa langkah mudah untuk panduan bersama.

Syarat pertama :
ANDA MESTILAH TELAH 'UPGRADE MENJADI AHLI VIP DAHULU. Bayaran RM50 untuk jadi "WAKIL JUALAN" atau RM300 untuk jadi "PEMBORONG". Setelah mendapat pengesahan dari Server Sri Merang, anda sudah boleh menaja DONLINE. Mudah kan.

Cara 1 :- klik di bahagian 'Daftar Ahli Baru'. Masukkan semua data yang diperlukan. Kemudian follow-up untuk pastikan DOWNLINE membayar keahlian VIP.



Cara 2 :- SMS ke Server Sri Merang.

Taip ; username downline baru no. telefon downline username anda dan hantar ke Server 013-900 1080

Contoh : downline 0191234567 pakuteh ke 013-900 1080

*** Anda akan diberitahu melalui emel jika ada ahli baru mendaftar menjadi downline anda. Oleh itu penting juga jika anda rajin mengiklankan di internet dan mendapat downline dengan cara online.

Klik 'ArahanSMS' jika nak tahu bagaimana menaip arahan yang betul. Setiap transaksi hendaklah dikemaskini melalui SMS kepada Server. Ini untuk mengelakkan sistem dapat mengemaskini komisen, top-up, baki dan berita semasa.

Anda juga boleh menghubungi hotline : 014-810 8000 untuk bantuan operator. Oleh kerana syarikat ini berpengkalan di Terengganu, mungkin dialek dioaran lain sikit. Tapi semua operator tu mesra pelanggan dan sedia membantu. Perlu diingat juga, orang Terengganu bercuti pada hari Jumaat tau. Apa-apa hal boleh berhubung pada hari-hari selain hari Jumaat ya.

Ingatan saya pada semua, bila dah mendapat sedikit keuntungan jangan pula kita lupa untuk bersedekah. Semoga rezeki yang kita terima diberkati dan melimpah ruah nanti.

-

Wednesday, February 4, 2009

Malaysia Catat Aliran SMS Ketiga Tertinggi di Asia Pasifik


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Malaysia berada di tempat ketiga di Asia Pasifik dari segi aliran khidmat pesanan ringkas (SMS) semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru, dengan lebih satu bilion pesanan.

Acision, syarikat pemesejan terkemuka dunia, berkata, Malaysia di tempat ketiga, di belakang Filipina, dengan 2.36 bilion dan Indonesia yang mencatatkan sehingga 1.193 bilion pesanan.

Malaysia mencatatkan 1.075 bilion pesanan, kata Acision dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syarikat itu berkata, dengan 93 peratus kadar penembusan mudah alih, pasaran mudah alih Malaysia dengan begitu cepat sampai ke paras penepuan dan untuk pertama kalinya, memecah paras satu bilion aliran pesanan dalam tempoh dua hari.

"Ini merupakan peningkatan 13 peratus dalam pertumbuhan penghantaran pesanan berbanding tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Acision melaporkan terdapatnya pertambahan 40 peratus dalam aliran penghantaran pesanan semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru di seluruh Asia Pasifik dengan sejumlah 6.37 bilion pesanan.

SMS membentuk sebahagian besar aliran trafik dengan 6.36 bilion sementara 9.54 juta perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) dicatatkan.

"Musim perayaan masih kekal menjadi tumpuan bagi trafik yang tinggi untuk kedua-dua pengendali dan pengguna. Selain daripada itu, kita menyaksikan trafik MMS turut meningkat di seluruh rantau ini," kata syarikat itu.

Ia berkata, trafik MMS dijangka meningkat memandangkan para pengguna kini kian tertarik untuk berinteraksi dengan laman blog dan aplikasi peribadi masing-masing seperti Facebook.

Syarikat juga berkata, permintaan berterusan untuk infrastruktur SMS yang boleh dipercayai dan rumusan SMS berkualiti tinggi dijangka dalam tempoh terdekat. - Bernama

Followers